Definition of Internet Marketing
'Internet Marketing' / Pemasaran Internet - ialah perlakuan mempromosi sama ada produk / barangan mahu pun servis dengan menonjolkan penampilan laman web didalam internet. Tatacara promosi ini melibatkan pelbagai teknik termasuk - 'natural search engine optimization', 'pay per click advertising', 'e-mail marketing', 'newsletter distribution', 'blogging', 'community forums', 'article writing' and 'distribution', and 'banner advertising'.
Definisi 'Marketing' atau Pemasaran itu masih sama dengan definisi pemasaran di alam realiti. Perbezaannya cuma pada cara Pemasaran itu diaplikasikan melalui penggunaan internet. Internet Marketing ini merupakan satu cabang cara pemasaran seperti juga lain-lain media - iklan di laman akhabar, majalah, telefon pemasaran, radio, tv dan lain-lain. Cuma kelebihan Internet Marketing ini adalah ruang pasarannya menyeluruh ke serata pelusuk dunia.
Atas sebab inilah semua media pemasaran alam nyata turuh berlumba-lumba memasuki pasaran internet. Ada 'online radio', 'online tv', 'online movie', 'online banking', 'online newspaper' dan berbagai 'online' lagi.
Anda di Malaysia mampu memasarkan keropok lekor buatan tempatan ke serata dunia. Kalau susah nak hantar keropok lekor, buatkan buku berkenaan keropok lekor dan dijual memalui Internet Marketing. Kalau susah nak hantar buku, buat buku versi elektronik (ebook), boleh muat turun ('download') melaui internet. Mudahkan. Susah nak tulis buku, rakam video secara digital dan pasarkan juga. Semuanya mudah. Tak ada produk? Banyak pihak dalam internet menawarkan produk untuk dipasarkan ('Affiliate Marketing') oleh laman web lain. Jadi, apa yang susah?
Susahnya dalam Internet Marketing ini adalah bagaimana hendak menonjolkan laman web anda supaya sampai ke beratus-ratus juta pengguna internet. Ebay.com, laman web untuk jualan dan lelongan segala apa saja mempunyai ahli lebih dari 200 juta. Namun, Internet Marketing masih hanya sebagai media perantaraan, selebihnya adalah innovasi anda, persepsi anda, ketekunan dan keyakinan anda, semangat, kreativiti dan pelbagai aspek lain dalam menetukan kejayaan anda.
(NOTA : Sekiranya anda ingin memberi pendapat atau membuat pertanyaan, sila ke laman utama JUSTME (klik sini) untuk memudahkan rujukan semua pihak. Terima kasih.)
JUSTME
